Pages

Monday, May 14, 2012

Amalan meminta perlindungan Jin - Nauzubillah

Hukum Meminta izin atau Meminta Perlindungan Jin .

Amalan ini jelas sekali terpesong dari ajaran agama Islam,ianya harus di cegah sebelum menular kepada    generasi akan datang.Apabila masyarakat kita masuk ke dalam hutan mereka lebih cenderung meminta izin kepada penunggu hutan ,contohnya "TABIK DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU"
dan sebagainya.Amalan ini dilakukan kerana bimbang akan di apa-apakan oleh bangsa jin atau Penunggu tempat.

Jin apabila bangsa manusia meminta bantuan atau perlindungan dari mereka,Jin akan berasa sombong,dan merasakan mereka lebih berkuasa. Amalan ini telah dilakukan oleh bangsa zaman jahiliyah dahulu,apabila mereka pergi ke kawasan lembah atau tempat terpencil di padang pasir mereka minta perlindungan daripada ketua jin di kawasan lembah berkenaan. Amalan ini menunjukkan manusia seperti ini lebih yakin kepada jin berbanding kuasa Allah,perlakuan tersebut akan merosakkan aqidah serta menambah dosa serta kesalahan si pelaku.

Allah S.W.T. Berfirman :

Maksudnya:   Dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. - Al Jin -ayat 6.

di dalam tafsir Qurtubi, Orang pertama yang meminta izin dari bangsa jin adalah :
 -Kaum orang-orang Yaman.
 -Bani Hanifah Dan bangsa arab seterusnya.

hakikatnya,apabila bangsa jin melihat manusia,mereka akan bertempiaran melarikan diri,namun apabila manusia meminta izin dari mereka,seterusnya jin akan merencanakan sesuatu terhadap manusia.hukum meminta pertolongan dari bangsa jin adalah " kufur." - kata Said bin Jubair.

Memohon kepada Allah S.W.T. adalah jalan yang terbaik dan utama sekiranya kita menghadapi bangsa-bangsa jin,serta keadaan yang menakutkan. Oleh itu,kita boleh mengamalkan dengan membaca surat dan ayat berikut :

-Al -Ikhlas
-Al -Falaq
-An- Nas
-Ayat Kursi

Sesungguhnya keyakinan hanya kepada Allah S.W.T. Semoga kita terus di rahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Manusia tiada kuasa ,apatah lagi makhluk yang tidak boleh memberi sebarang manfaat kepada kita.
Wallahualam.

MyM - 14/5/2012

No comments: