Pages

Monday, May 14, 2012

Waktu syaitan atau jin bertebaran @ bersiar-siar.

Pada waktu bilakah Syaitan atau Jin bertebaran atau aktif?

jawapan : Syaitan dan Jin akan bertebaran apabila malam semakin menjelang atau di waktu senja.Kenyataan ini di kuatkan lagi dengan Sabda Rasulullah S.A.W .

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Jabir r.a .

    Maksudnya :

 Apabila malam telah hampir menjelang atau di waktu senja, tahanlah anak-anak kamu(Jangan izinkan keluar). Kerana ketika itu syaitan bertebaran setelah berlalu satu jam kemudian lepaskanlah   mereka,tutuplah pintu, berzikirlah kepada Allah,tutup semua bejana kamu,Sebutlah nama Allah dalam semua keadaan umpamanya kamu terserempak dengannya dan padamkan lampu-lampu kamu semuanya.

    hadis riwayat Bukhari ,Muslim.

jelaslah bahawa ,jin atau syaitan akan bertebaran dan aktif pada waktu senja dan waktu malam.Ibnu Jauzi mengatakan,hikmat tersebarnya mereka di waktu malam kerana pada waktu itu,tenaga atau kekuatan mereka lebih hebat daripada waktu siang (begitu juga apa sahaja berwarna hitam). sebab itu anjing hitam itu adalah daripada golongan syaitan sebagaimana sabda Nabi S.A.W.

maksudnya : "anjing hitam itu adalah syaitan". 

Fathul bari 6/342.

oleh yang demikian,perintahkanlah anak-anak agar pulang ke rumah sebelum senja menjelma.

semoga kita trus diberkati Allah S.W.T. dan di rahmati serta di lindungi daripada gangguan dan kejahatan syaitan atau jin. Aamiin..

Klik pada gambar untuk lebih jelas.InsyaAllah.
Wallahualam                             

Mym - 14/05/2012

No comments: